Home LAIN-LAIN TRAVEL TIPS Nak Melancong Ke Destinasi Idaman Tapi Susah Nak Kumpul Bajet? Ikuti 3...

Nak Melancong Ke Destinasi Idaman Tapi Susah Nak Kumpul Bajet? Ikuti 3 Tips Mudah Ini Untuk Menyimpan Duit

1939
0

Melancong merupakan salah satu cara untuk merehatkan minda setelah sekian lama bekerja.

Namun begitu, tak semua orang mempunyai bajet untuk keluar mengembara ke destinasi pilihan kerana kekangan bajet, kadangkala ada juga yang liat untuk menabung wang!

Susah nak kumpul duit untuk melancong? Ikuti 3 tips mudah ini:

#1 Simpan duit ganjil

Setiap malam sebelum tidur, pastikan anda menyimpan semua duit ganjil iaitu RM1 dan RM5 ke dalam tabung. Amalkannya setiap hari tau.. Pada awalnya mungkin susah, tetapi lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan untuk anda!

#2 Simpan dalam tabung yang susah nak buka!

Ha, ini paling senang. Selalunya bila kita menyimpan, kita akan ada kebarangkalian untuk menggunakan duit simpanan kita. Apa kata kalau anda cuba untuk menyimpan wang di dalam tabung yang sukar untuk dibuka, jadi selagi tak penuh, selagi tu tak boleh buka!

#3 Main kutu!

Ha, ini paling senang untuk anda ikuti. Sertai mana-mana kumpulan yang bermain kutu dan anda boleh menyimpan wang di sana. Bayar sahaja setiap bulan! Bila cukup sahaja masa, anda akan dapat wang simpanan anda dan gunakan ia untuk melancong.

Kredit foto: Pesona Pengantin, Asian Wanderlust

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here