
Kaki travel di luar sana pastinya sering menghabiskan cuti hujung tahun dengan melancong di luar negara.
Namun begitu, pastinya cuti hujung tahun 2020 ni sesuatu yang agak berbeza kerana kita semua tidak dapat ke luar negara kerana wabak COVID-19 masih lagi mengganas.
Ha, kepada anda yang tak tahu nak buat apa untuk menghabiskan cuti hujung tahun, kami berikan anda 4 idea menarik ni!
#1 Cuti-cuti Malaysia
Yes, kalau tak dapat bercuti ke luar negara, inilah masanya untuk menjana sektor ekonomi pelancongan tempatan! Selain dapat bercuti di pelbagai tempat menarik di Malaysia, kita juga dapat memulihkan ekonomi yang terkesan dek kerana pandemic.
#2 Staycation
Kepada anda yang agak takut untuk bercuti dan mahu elak tempat tumpuan orang ramai, apa kata anda gunakan kesempatan ini untuk merancang aktiviti staycation bersama keluarga dan teman-teman. Carilah villa atau homestay yang sesuai, mesti best dapat berkumpul bersama!
#3 Balik kampung
Ha, kalau dah lama tak jenguk ibu bapa serta keluarga kat kampung tu, inilah masanya untuk anda gunakan cuti hujung tahun dan berjumpa bersama insan yang tercinta!
#4 Aktiviti riadah
Riadah juga salah satu cara untuk anda habiskan cuti hujung tahun anda. Anda boleh mencuba aktiviti menarik seperti hiking, berkhemah di tepi sungai atau di dalam hutan dan banyak lagi aktiviti best!