
Wabak yang melanda seluruh dunia, COVID-19 nampaknya masih belum berakhir.
Belum ada lagi penawar atau vaksin yang dapat menjadi benteng untuk manusia melawan pandemik ini.
Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak ini dari semakin merebak.
Beberapa fasa PKP sudah pun kita lalui dan terkini, kita sedang berada di peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember ini.
Kerajaan tidak melarang orang dewasa untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat membeli-belah dan tempat perangian, tetapi kita sentiasa harus berwaspada.
Teringin nak bawa anak-anak bercuti ketika PKPP? Ikuti beberapa tips di bawah untuk memastikan keselamatan anak-anak terus terjaga.
Patuhi SOP
Kita masih berada dalam usaha untuk mengekang COVID-19, jadi pastikan anda mematuhi tatacara operasi standard (SOP) sepanjang masa, lebih-lebih lagi apabila anda membawa anak-anak di kawasan percutian yang menjadi tumpuan orang ramai.

Elak Tempat Sesak
Pastikan anda tidak membawa anak-anak ke tempat yang sesak dan ramai orang. Rancang jadual percutian anda sebaiknya dan bawalah anak-anak ke tempat yang selesa!

Sediakan Kelengkapan Anak
Anda wajib memastikan kelengkapan anak-anak anda disiapkan dengan selengkapnya sebelum bercuti, lebih-lebih lagi ketika PKPP. Kedai serbaneka pun tak bukak 24 jam tau macam waktu normal, jadi siapkan semua benda. Nanti taklah mencari-cari barang anak seperti lampin dan susu di tengah malam!

Sentiasa Berwaspada
Ini paling penting, tak kiralah PKPP ke atau hari-hari biasa. Ingat, AWAS sendiri adalah akronim kepada Anda Waspada Anda Selamat, jadi, selalulah beringat ya!
Sentiasa Alert
Infomasi sekarang sangat penting, jadi sentiasa slert dengan perkembangan isu semasa terutama kes yang melibatkan Covid-19. Boleh download Applikasi My Sejahtera untuk dapatkan segala update tentang pendamik ini.
Jangan Penting Diri
Kalau rasa tak sihat atau ada di antara ahli keluar yang tidak sihat jangan travel. Pastikan anda bebas dari sebarang Pandamik.
Mask dan Sanitazer
Pastikan dua benda ini sentiasa ada bersama anda dan ahli keluarga anda.