Home MAKAN-MAKAN Macam Tak Percaya Murahnya makanan di Capecafe ni!

Macam Tak Percaya Murahnya makanan di Capecafe ni!

1771
0

Dalam keadaan ekonomi sekarang mesti ramai yang tercari-cari kedai makanan yang murah supaya boleh jimat berbelanja. Nak lagi ‘extra point’ kalau kedai tu murah lepastu makanan pulak sedap. Lagilah boleh datang berkali-kali. Takdalah kita rasa rugi kan?

Jadi bila cakap pasal makanan murah ni, ada satu kedai makan murah yang terletak di Tanjung Malim, Perak yang bernama Cape Cafe. Kedai ini beroperasi bermula dari jam 10:30 pagi sehingga jam 8 malam. Cape Cafe ini ditutup pada hari Jumaat sahaja dan lupa ‘take note’ takut nanti dah sampai kedai kemudiaan tutup pula.

Apa yang membuatkan kedai ini menarik ialah berkenaan dengan harganya. Setiap hidangan hanyalah RM 1.70 sahaja! Murah gila kan? Tetapi jangan lah pula buat-buat terkejut bila harga dah murah lepastu makanan tidak seperti yang kita selalu makan.

Kena faham juga tau ‘portion’ makanan juga tidaklah seperti harga makanan yang selalu kita makan. Akan tetapi, hidangan yang disiapkan agak berpuas hati dan boleh dikatakan ‘lepaslah kenyang’ kalau makan di sini.

Jadi, untunglah orang Tanjung Malim, bila hujung bulan tak payah lagi lah makan maggi, boleh datang sini dapatkan makanan murah dan berpuas hati. Yang penting perut kenyang, senang hati.

Selain dari ‘heavy meal’ untuk pencuci mulut pula, anda boleh menjamah kuih muih yang tidak kurang hebatnya. Selain dari itu, terdapat juga ‘dessert’ lain yang sedap juga. Nak tahu lebih lanjut, kena lah datang sendiri ke Cape Cafe!

sumber: twitter @cuti_makan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here