Home MAKAN-MAKAN Minum Kopi Yang Segar dan Bersantai di Ngopi, Kangar

Minum Kopi Yang Segar dan Bersantai di Ngopi, Kangar

603

Anda penggemar kopi dan masih tidak jumpa kafe yang menyediakan kopi yang segar untuk segarkan hari anda?

Jangan risau, jom datang ke Ngopi yang terletak di Kangar. Confirm, anda bakal terasa ‘kick’ apabila menikmati secawan kopi yang dihidangkan di sini.

Mengapa Ngopi? Ngopi merupakan singkatan orang tempatan di Perlis yang ingin lepak minum kopi.

Apa yang lagi menariknya, kafe santai ini dibangunkan sendiri oleh anak jati Perlis pada tahun 2016. Anak jati yang melemparkan idea kafe yang kecil tetapi memberikan kepuasan yang berganda kepada pelanggan yang datang.

Walaupun Ngopi ini hanya berasaskan kopi dan sandwich semata-mata, sambutan yang sangat menggalakkan dari setiap pelanggan yang datang. Bukan sahaja pelanggan di sekitar Perlis sahaja, malah dari negeri jiran yang terdekat juga turut datang ke sini.

Apakah pilihan sandwich yang terdapat di sini? Antara signature sandwich yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Focaccia Roast Beef, Panini Streaky Beef dan Croissant Honey Mustard Chicken.

Tak lengkap hidangan sandwich jika minuman tidak dipesan bersama. Untuk kopi anda boleh memesan coffee latte, cappucino, ice peach dan pelbagai lagi.

Jadi, rasa terpikat tak dengan hidangan di Ngopi ini? Jom jalan jalan di Perlis dan singgah di Ngopi, Kangar untuk hidangan yang enak.

instagram : instagram.com/ngopikangar/

sumber gambar: azaleania.blogspot.com/2018/02/jom-ngopikangar.html