Home MAKAN-MAKAN Minum Kopi di Hutan? Jom Ke Kopi Hutan di Penang Hill yang...

Minum Kopi di Hutan? Jom Ke Kopi Hutan di Penang Hill yang Santai dan Menyeronokkan!

823

Pernah terfikir tak ada tempat lepak kopi di tengah tengah hutan? Mesti terkejut kan kalau dan jika terdapat kedai kopi di tengah hutan pun okay juga sebab dapatlah hilangkan dahaga selepas mendaki bukit.

Jadi, kalau nak cari tempat yang macam tu, jom datang ke Penang Hill dan anda akan dihidangkan kopi yang menarik di ‘Kopi Hutan’

Untuk sampai ke sini, anda perlu naik train ke puncak Penang Hill, dan berjalan ke Muzium Burung Hantu, kemudian ambil free shuttle untuk sampai ke sini.

Sesiapa yang tengah stress ataupun perlukan ketenangan anda boleh datang ke sini dengan menghirup segelas kopi yang sedap, confirm punya boleh hilang stress anda.

Selain dari segelas kopi yang menyegarkan, mereka turut terkenal dengan kek homemade yang menyelerakan. Dengan kepelbagaian pilihan kek yang disediakan, membuat semua pelanggan yang datang menjadi tidak tahu untuk memilih kek yang mana untuk dimakan.

Sambil menikmati hidangan kopi yang kek yang enak ini, anda bakal didendangkan dengan bunyi burung berkicauan serta angin segar yang fresh. Sudah pasti ketenangan yang anda bakal dapat di sini sukar diperolehi di tempat lain.

Berkenaan dengan harga pula, ia sangat berpatutan dan berbaloi dengan apa yang dimakan.

Kopi Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesesakan bandar dan mencari ketenangan jiwa untuk sementara.

Ia beroperasi setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6:30 petang.

Apabila datang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke sini. Kunjungi lama facebook mereka facebook.com/coffeeinforest/ untuk perkembangan terkini.

Sumber: twitter TravelJimat