Home MALAYSIA Menerobos Alam Fantasi Alice in Wonderland di Arte Mont Kiara

Menerobos Alam Fantasi Alice in Wonderland di Arte Mont Kiara

3466
0

Alice in Wonderland kini berada di Kuala Lumpur? Ya, kediaman kondominium serba mewah Arte Mont Kiara menawarkan dimensi baharu penginapan selain keselesaan.

Penggemar konsep alam fantasi yang penuh dengan magis pasti akan tertawan dengan dekorasi dan hiasan dalam yang terdapat dalaman kediaman ini.

Belum pun melihat hiasan dalaman kondominium ini, anda sudah terpaku dengan struktur seni bina halus yang terdapat pada luaran bangunan ini.

Rekaan bangunan yang diinpirasikan daripada konsep French-retro ini menyaksikan simetri bangunan beralun-alun dan tidak menegak.

Menjengah ke dalam kediaman tersebut ramai pasti terpesona melihat kawasan kolam jakuzi Infiniti yang dibina persis saujana di Santorini.

Padanan mozek seakan-akan dadu dan dam juga merupakan kelainan dalam bangunan ini. Sudah tentu terdapat juga taman bunga dan ramai-rama terapung di sini.

Penggunaan lampu di sini persis seperti dalam Alice in Wonderland di mana chandelier, lampu tiang berdiri dan lampu yang diletakkan pada dinding mempunya bentuk yang unik.

Bagi pendapat Triphackerz.com lokasi ini bukan sahaja sesuai menjadi tarikan penginapan staycation unik, malahan untuk sesi fotografi.

Buat pengetahun anda, bangunan konsep Arte ini bukanlah kali pertama di bawa ke Malaysia. Mereka telah mempunyai bangunan konsep yang sama di Arte Ampang dan Arte Penang.

Tiga lagi projek yang sedang dalam pembinaan ialah di Cheras, Sungai Besi dan Solaris.

Berdasarkan rujukan rate harga penginapan semalam di Arte Penang ditawarkan antara RM121 sehingga RM200++.

Sumber: PlacesMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here