
Perkembangan terkini mengenai MCO 2.0, kerajaan telah membuat keputusan di mana restoran dibenarkan untuk dine-in tetapi dengan hanya 2 orang sahaja untuk satu meja.
Syarat yang ditetapkan adalah sama seperti sebelum ini, iaitu jarak seharusnya 1 meter. Pengumuman ini baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Tambahan lagi, sektor perniagaan yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini juga turut dibenarkan beroperasi seperti pakaian, kosmetik dan juga kedai fotografi.

Semua arahan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta bermula esok (10 Februari 2021).
Selain itu, pengekalan untuk tidak beroperasi bagi pub, kelab malam dan pusat karaoke masih dikekalkan sehingga diumumkan nanti.
Pesanan bagi mereka yang ingin untuk berdine-in di restoran, semoga stay safe dengan kerap menggunakan hand sanitizer dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang lain untuk sama sama mengekang wabak ini dan terus menghapuskan wabak ini dari negara ini.
sumber : KL Foodie