Home MAKAN-MAKAN Makan Ikan Patin yang Unik di Selera Patin Bangau, Temerloh!

Makan Ikan Patin yang Unik di Selera Patin Bangau, Temerloh!

650

Mesti semua akan hairan kenapa Patin Bangau? Nama ini datang dari tempat Ikan Patin ini dijual iaitu dari Kampung Bangau, Temerloh.

Selepas masuk di simpang Kampung Bangau dari Bandar Temerloh anda cuma perlu cari sahaja papan tanda Selera Patin Bangau, lebih kurang 3 kilometer dari Bandar Temerloh. Di sepanjang perjalanan itu, anda akan nampak banyak lagi kedai makan Ikan Patin Tempoyak.

Kedai Selera Patin Bangau ini adalah sangat unik, dimana ianya dibuka di kawasan perumahan kampung di situ. Setiap kali makan di situ anda perlu beratur dari kaunter dapur kedai itu sendiri, tapi cepat sahaja boleh dapat makanan.

Terdapat dua menu yg disediakan iaitu Asam Pedas Ikan Patin Tempoyak dan Ikan Patin Paih Bakar.

Nasi, sayur taugeh, telur masin dan ulam-ulaman lain disediakan di tepi dan ianya berkonsepkan layan diri.

Dengan harga yang sangat berpatutan dan jugak sangat sedap sehingga menjilat jari, anda patut singgah di Selera Patin Bangau apabila datang Ke Temerloh.

Selera Patin Bangau hanya beroperasi hanya pada waktu makan tengahari sahaja iaitu dari pukul 12 tengahari ke 4 petang.

Teringin ikan patin? Datang lah ke Restoran Selera Patin Bangau di Temerloh!

sumber gambar : http://farihanuzu.blogspot.com/2020/02/selera-patin-bangau.html