
Siapa sangka di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini, terdapat hidden cafe yang masih mengekalkan vibe klasik dan ditambah pula dengan makanannya yang sedap.
Nak tahu cafe ini terletak di mana? Di Jalan Tun HS Lee, anda boleh datang ke hidden cafe ini iaitu Cafe Kleptokrat!
Tengok dari luar sahaja anda dah boleh rasa vibe klasik itu. Kafe ini sememangnya klasik yang menyeluruh. Pelanggan yang suka dengan tempat klasik, confirm tempat ini memang pilihan yang betul.

Apa yang lagi menarik, di dalam kafe ini juga terdapat satu kolam yang pelanggannya boleh makan bersebelahan dengan kolam ini juga. Jangan pula nanti ada yang terjun ke kolam tersebut.

Walaupun dekorasinya tidaklah seperti kafe hipster yang lain, vibe klasik yang diterapkan di sini sangatlah unik dan setiap pelanggan yang datang pasti akan merasai keunikan.

Makanan serta minuman yang disediakan di sini adalah sangat sedap. Anda boleh dapatkan menu western yang lazat serta minuman kofi dan fusion yang menyegarkan.
Anda boleh mengajak rakan rakan anda untuk datang ke sini untuk mengisi waktu tengahari mahupun petang untuk santai santai di Cafe Kleptokrat ini
Sumber: twitter Jomkitamy