Home LAIN-LAIN Makam Penyu Pulau Sipadan Simpan 1001 Misteri

Makam Penyu Pulau Sipadan Simpan 1001 Misteri

1929
0

Sebut sahaja mengenai Semporna di Sabah pasti pantas berlegar di fikiran keindahan lautnya yang jernih dan berwarna turqoise.

Namun, Semporna bukan sahaja memiliki pelbagai pulau indah malahan menjadi lubuk penggemar aktiviti skuba diving.

Antara lokasi yang sering menjadi tarikan pencinta sukan lasak tersebut ialah Pulau Sipadan yang berada di Semporna di kawasan pantai timur Sabah.

Satu lokasi yang unik di Pulau Sipadan digelar sebagai Turtle Cave yang terletak pada kedalaman 100 meter di dasar laut.

Turtle Cave ini merupakan gua dalam laut sepanjang 23 meter yang menuntut para penyelam memiliki lesen dan menjalani latihan Full Cave Course.

Lokasi yang sering menjadi pilihan penyelam di sini ialah Turtle Tomba atau dalam bahasa Malaysia, Makam Penyu.

Sesuai dengan namanya, kawasan tersebut dipenuhi dengan rangka penyu. Ada yang menganggap kawasan tersebut misteri dan menakutkan, tidak kurang juga yang teruja.

Bagaimanapun, difahamkan dengan ketinggian 18 meter sahaja dan pergerakan yang sedikit terhad memerlukan para penyelam mempunyai kepakaran yang tinggi di kawasan berkenaan.

Paling penting anda perlu mempunyai persediaan yang amat rapi sebelum bersedia untuk melakukan aktiviti menyelam di gua berkenaan.

Ada lagi kisah menarik di gua ini kerana dipercayai gua sepanjang 23 meter itu pernah berada di permukaan sebelum tenggelam.

Perubahan iklim dan banjir besar dipercayai menjadi punca gua tersebut berada di dasar lautan. Namun ini semua hanyalah mitos.

Apa-apapun, Pulau Sipadan sendiri menawarkan liburan pantai yang menyeronokkan.

Sumber: Joe Joe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here