Home MAKAN-MAKAN Lepak Sambil Dekati Haiwan Eksotik Hanya di Fluffy Time, Johor Bahru!

Lepak Sambil Dekati Haiwan Eksotik Hanya di Fluffy Time, Johor Bahru!

1803
0

Menikmati secawan kopi dan sepotong kek bersama puluhan kucing di sebuah kafe. Itu biasa. Menikmati hidangan sambil bermain dengan haiwan seperti skunk, walabi dan mamot itu luar biasa.

Ya, pengalaman sedemikian dapat anda nikmati sekiranya anda berkunjung ke kafe haiwan pertama di Johor Bahru iaitu Fluffy Time. Haiwan di kafe tersebut dibiarkan berkeliaran untuk memudahkan para pengunjung bermesra dengan mereka.

Gambar: Twitter Mohd Hafizee

Jangan khuatir mengenai haiwan eksotik di kafe ini kerana kesemua haiwan adalah jinak. Oleh kerana haiwan tersebut jinak, maka kesemua peringkat umur sesuai untuk menikmati hidangan sambil membelai haiwan di sini.

Bayangkan selepas anda melalui hari yang amat memenatkan kemudian memerlukan sesi terapi diri. Berkunjung ke Fluffy Time adalah pilihan yang tepat. Siapa yang tidak akan tersenyum melihat telatah comel haiwan berbulu di sini.

Mudah untuk mencari lokasi Fluffy Time kerana kafe ini berdekatan dengan pusat beli-belah City Square dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Johor Bahru.

Namun sedikit informasi untuk mereka yang berhasrat berkunjung ke Fluffy Time, kafe ini ditutup pada setiap hari Selasa manakala waktu operasi bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 10 malam.

Sesi membelai haiwan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada pukul 1.30 tengah hari hingga 4.30 petang dan 6 petang hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut sila lawati Facebook rasmi Fluffy Time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here