Home MAKAN-MAKAN Lepak Makan di Warung Tepi Sawah Yang Awesome di Perlis!

Lepak Makan di Warung Tepi Sawah Yang Awesome di Perlis!

2333
0

Perlis, negeri yang terkenal dengan pemandangan yang cantik dan juga penduduknya yang ramah.

Ditambah pula, dengan makanan yang sedap membuatkan negeri Perlis ini menjadi negeri yang digemari ramai orang. Selain itu, negeri ini terkenal dengan ‘semua benda murah’, membuatkan ramai yang suka datang ke sini.

Di Perlis, terdapat satu kedai makan yang menyajikan bukan sahaja makanan yang sedap, tetapi digabungkan bersama dengan pemandangan yang tenang dan cantik. Kedai yang dimaksudkan itu adalah Warung Tepi Sawah.

Warung Tepi Sawah ini menyediakan makanan sarapan pagi yang sangat menyelerakan. Setiap makanan asli Perlis dapat diperoleh di sini.

Antara makanan yang wajib dicuba di sini adalah ‘peknga’. Bahasa bandarnya adalah pancake. Peknga ini dihidangkan bersama pelbagai kuah untuk dicicah.

Sebelum itu, anda perlu datang dengan lebih awal supaya antara tidak berada dalam kalangan pelanggan yang perlu beratur. Di sini ramai pelanggan yang datang untuk menikmati makanannya serta pemandangan sawah padi yang tidak akan diperoleh di bandar.

Selesai makan di situ, jangan lupa untuk bergambar di sini, terdapat satu port yang disediakan untuk pelanggannya bergambar.

Jangan lupa singgah ke Warung Tepi Sawah apabila anda menjejakkan kaki di Perlis.

sumber : https://rileklah.com/makan-makan/jom-breakfast-sambil-menikmati-pemandangan-sawah-di-warung-tepi-sawah-perlis

Sumber: rileklah.com/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here