Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Lepak Hotel Sambil Menikmati Pemandangan Pantai Yang Cantik, Jom ke Hompton Beach...

Lepak Hotel Sambil Menikmati Pemandangan Pantai Yang Cantik, Jom ke Hompton Beach Hotel, Penang.

2600
0

Mencari tempat penginapan yang santai di Penang? Jangan risau, anda boleh terus menginap di Hompton Beach Hotel. Apa yang menarik dengan hotel ini?

Hompton hotel yang terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai Tanjung Bungah. Anda yang sukakan aktiviti pantai ataupun suka bersiar-siar di kawasan berdekatan dengan laut, jadi tempat ini akan menjadi pilihan yang sangat tepat.

Antara pilihan bilik yang disediakan di sini adalah Deluxe Room, Supreme Room, Premium Suite dan Family Suite. Tambah pula jika anda berpeluang untuk mendapatkan bilik yang menghadap laut, perghh memang cantiklah view yang anda bakal lihat.

Untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga, anda boleh dapatkan menu hidangan anda di Spice Garden mereka, di mana semua masakan yang sangat enak disediakan.

Fasiliti yang terdapat di sini adalah infinity pool yang mengadap pantai yang cantik, fitness center yang boleh mengekalkan anda dengan gaya hidup sihat dan yang terakhir steam room untuk sesi terapi.

Tambahan lagi, dekorasi hotel ini juga merupakan antara sebab mengapa ramai pelanggan suka akan tempat ini. Gabungan idea moden dan minimalist ini menghasilkan satu hasil yang sangat ‘meletop’.

Untuk dapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai hotel ini, anda boleh ke laman sesawang mereka iaitu Hompton Hotel. Semua informasi malah anda juga boleh menempah secara terus di talian di sini.

sumber gambar: Hompton Hotel by the Beach

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here