
Tarikan terbaru yang terletak di Min House Camp, Kubang Kerian ini pastinya membuatkan mereka yang gemar berfoto tidak sabar mahu berkunjung ke sana.
Dilimpahi dengan pelbagai tarikan menarik, pesta lampu pelbagai rona ini telah mula dibuka semenjak 7 Mac lalu.




Mendapat pelbagai respons positif, ramai yang menggemari tarikan terbaru pelancongan yang terletak di bandar Kota Bharu, Kelantan.
Antara lampu-lampu yang menarik perhatian ialah Gerbang Biru, Lampu Avatar, Lampu Bulan, Lampu Air, Lampu Love, Lampu Rama-Rama, Lampu Wau Bulan, Lampu Buaian, Love Lock Fence, Jeti Viral dan banyak lagi!
Tarikan lampu ini dibuka setiap hari bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.




Jangan risau kerana kemudahan surau disediakan di sini untuk anda menunaikan solat serta jika anda mahu makan malam di sini, Min House Camp turut menyediakan restoran dan kiosk makanan!
Untuk ke sini, gunakan aplikasi Waze dan lakukan carian ke ‘Min House Camp’ atau hubungi 013-9225440.


