Home OVERSEAS TRAVEL ASIA Keunikan Pantai Merah, Panjin ini Bakal Membukakan Mata Anda!

Keunikan Pantai Merah, Panjin ini Bakal Membukakan Mata Anda!

451

Panjin, merupakan tempat yang terletak 6 jam pemanduan kereta jaraknya dari Beijing, merupakan tempat yang terdapat suatu kawasan yang dinamakan Pantai Merah (Red Beach).

Tetapi berlawanan pula dengan namanya, tempat ini tiada sebarang pasir langsung.

Tempat ini terletak di suatu kawasan lembab yang terbesar di dunia, di mana setiap kali musim luruh, ia akal menukarkan daun warna hijau menjadi warna merah.

Proses penukaran warna ini bukanlah satu perkara yang magic, tetapi terdapat proses sains yang berlaku dan menyebabkan perkara ini berlaku.

Sewaktu musim bunga, dedaunan di situ akan mula tumbuh dengan warna hijau. Kemudian, sepanjang musim panas ia akan mula bertukar kepada warna merah sehinggalah musim luruh.

Waktu yang sesuai untuk datang mengunjungi Red Beach ini adalah pada Oktober. Jika anda datang terlalu awal, maka anda belum dapat lagi menyaksikan proses pertukaran warna tersebut manakala jika anda datang lewat, dedaunan itu mungkin akan mati.

Red Beach ini merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong utama di China, terutamanya di Panjin.

sumber: Red Beach, Panjin