Home MALAYSIA Ketenangan Alam Semula Jadi di Taman Tasik Cyberjaya

Ketenangan Alam Semula Jadi di Taman Tasik Cyberjaya

2580
0

Taman Tasik Cyberjaya sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang damai dan menenangkan.

Dengan suasana yang tenang menghijau, Taman Tasik Cyberjaya adalah taman yang cukup ideal untuk anda datang bersama rakan-rakan serta keluarga.

Dengan landskap yang mengagumkan, ia terkenal sebagai tempat  berjogging, bersantai serta menjadi syurga kepada mereka yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kota.

Laluan pejalan kaki yang melintasi dedaun lembap dan lekukan lebat di tasik ini mewujudkan suasana pengembaraan kepada para pengunjung.

Terdapat juga pelbagai unsur semula jadi yang anda boleh nikmati di sini seperti teratai yang indah meliputi tasik, burung-burung berkicau penuh harmoni dan banyak lagi.

Apa tunggu lagi, jika anda mahu beriadah, jangan lupa singgah ke Taman Tasik Cyberjaya!

Sumber & kredit foto: Tourism Selangor / Pokok Kelapa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here