

Lebih mudah untuk seseorang individu mengembara ke mana sahaja sekiranya kendirinya menebal sebagai solo traveller.
Kemudian anda mempunyai pasangan. Masih boleh bertoleransi anda boleh mengembara berdua-duaan dengan pasangan anda. Tiada masalah.
Setelah itu muncul pula si kecil. Ya… seorang bayi hadir tatkala diri masih membara ingin menjelajah dunia.
Pada kali ini, Triphackerz ingin berkongsi beberapa tip untuk pasangan mengembara dengan bayi dan kanak-kanak.

1) Pendedahan awal

Dalam apa jua perkara sekalipun pendedahan awal amat penting kepada bayi untuk dia membiasakan diri dengan keadaan sekitar. Contohnya untuk mendidik anak untuk tidak merasa kaget dalam kapal terbang, beranikan diri untuk membawa mereka mengembara seawal usia yang mungkin. Seawal usia bayi tiga bulan dan 8 bulan anda sudah boleh mendidik mereka.
2) Barangan bayi yang ringan, ringkas dan berguna

Penting untuk ibu bapa menyediakan kelengkapan bayi secukupnya. Paling penting pakaian yang mudah dicuci dan dikeringkan, cawan dan mangkuk tidak mudah pecah, botol susu dan straw termasuk kasut yang kalis air. Namun pengalaman peribadi Triphackerz, lebih mudah juga anak menyusu badan, menangis…kita sumbat sahaja.
3) Kuasa bantal busuk

Supaya perjalanan anda bahagia tanpa ragam dan tangisan, pastikan anda mempunyai stroller bayi yang ringan dan selesa. Jadi bayi anda boleh tidur di mana sahaja. Bawa juga selimut kecil atau satu mainan atau bantal kesukaan mereka. Macam bantal busuk.
4) Tidur di mana sahaja

Lazimnya tidur memerlukan suasana senyap dan sunyi. Memandangkan ketika mengembara, kita tidak mampu mengikut jadual waktu tidur bayi. Sebaliknya, didik mereka untuk membiasakan diri tidur dalam keadaan bising. Jadi apabila sudah terbiasa, walau gempa bumi, gunung berapi meletus….anak anda insan paling tenang ketika ia berlaku.
5) Kenalpasti minat anak

Ibu bapa mungkin terlepas pandang mengenai perkara ini. Sepanjang mengembara anda sudah boleh mengenal pasti minat mereka..mungkin makanan apa yang mereka sukai…anda sedar anak masing-masing meminati air terjun, laut atau mungkin aktiviti luar.
Selamat beramal