Home LAIN-LAIN Kelahiran Semula Ruma Puteh

Kelahiran Semula Ruma Puteh

1431

Whoa Kuala Lumpur ada port baharu cafe serba ‘insta-worthy’ untuk anda serbu. Alang-alang Majlis Keselamatan Negara membenarkan SOP makan di restoran…jom berkunjung ke Ruma Puteh.

Kepada yang tidak tahu, untuk pengetahuan anda Ruma Puteh, sebuah rumah yang terletak berdekatan Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya.

Setelah sekian lama suram, akhirnya Ruma Puteh telah diubahsuai menjadi sebuah kafe yang sangat instagrammable.

Kafe ini membawa elemen taman dan minimalis dalam setiap sudut rekaan dalaman dan lanskap luarannya.

Bertepatan dengan nama Ruma Puteh, kebanyakan rona di sini dimonopoli warna puteh dan adakala krim.

Pengaplikasian warna puteh sekali gus menaikkan lagi seri kedai berkenaan dengan perletakan hiasan ringkas dan ukiran aerodinamik.

Sudah tentu lokasi ini amat sesuai untuk dijadikan port akiviti santai bersama rakan dan keluarga.

Anda juga boleh memilih untuk duduk di luar sambil menghayati mini taman yang terdapat di sekeliling Ruma Puteh ataupun nikmati hidangan anda dalam kafe.

Pilihan menu pula, mereka menyediakan masakan tempatan dan juga masakan barat. Antara yang wajib dicuba adalah lontong darat dan nasi kerabu puteri saadong.

Kepada yang ingin berkunjung ke sana, demikian alamat Ruma Puteh.

Ruma Puteh, 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sumber Surgaroute