
Dari sebuah kawasan bekas banjir, kini berubah wajah kepada tarikan pelancongan, Polumpung, Kota Belud ada keistimewaan tersendiri.
Terletak kira-kira dua jam pemanduan dari bandar Kota Kinabalu, Polumpung Melangkap View Campsite menyediakan kawasan tapak perkhemahan.

Menarik mengenai tapak perkhemahan di sini ialah pemandangan Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan selain deruan air sungainya.
Unik mengenai dasar sungai di sini tidak berpasir sebaliknya dipenuhi dengan batu yang dipercayai datang dari pergunungan Kinabalu.

Malah sumber air di sini juga secara semula jadi mengalir jernih dari Gunung Kinabalu.
Suasana di sekitar Polumpung Melangkap Viewcamp Site juga dingin pada waktu malam dan pagi.

Bayangkan melihat kabus di sekeliling khemah dan menghirup udara segar, kami yakin pengalaman istimewa ini hanya ada di sini.
Ruang barbeku dan memasak turut disediakan. Malah pemilik di sini amat menitikberatkan hak pelancong Islam.

Difahamkan terdapat ruang masakan Islam dan bukan Islam di sini.
Kemudahan tandas turut disediakan. Jika mahu melepaskan hajat pada malam hari jangan pula masuk ke sungai. Tandaskan ada….

Sumber Facebook Places Malaysia.