Home MAKAN-MAKAN Kat Luar Nampak Biasa Ja, Bila Masuk Dalam…. Jom Usha dan Makan...

Kat Luar Nampak Biasa Ja, Bila Masuk Dalam…. Jom Usha dan Makan Makan di Light Capture Cafe!

953

Pernah tak datang ke kafe yang anda tak sangka langsung dalamannya sangat menarik. Bila sekilas pandang dari luar, nampak macam takda apa pun, apabila jejakkan kaki ke dalam kafe, terus tergamam.

Salah satu kafe yang bakal membuatkan anda tergamam adalah Light Capture Cafe by H.O.N yang terletak di Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur.

Light Capture Cafe ini beroperasi bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Sesuai untuk waktu makan tengahari dan makan malam.

Jadi jom tengok apa yang menarik sangat di dalam kafe ini. Apa yang wow di kafe ini adalah ia masih mengekalkan bangunan asal tetapi menambah baik dekorasi kafe ini sehingga menjadi wow!

Walaupun bangunan yang lama, kepintaraan pemilik kafe ini menghias kafe ini dengan menggunakan warna serta perabot yang ‘old skool’. Daripada kelihatan usang, bertukar wajah menjadi klasik dan anggun.

Selain dari dekorasi yang cantik, hidangan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Dengan berasaskan menu barat dan juga tempatan, jarang pelanggan pulang dengan tidak melemparkan senyuman di sini.

Semua pelanggan yang hadir amat bergembira setelah menikmati hidangan yang lazat. Ditambah pula sempat bergambar di setiap sudut di kafe ini untuk dikongsikan kepada rakan rakan yang lain.

Jika anda ingin merasainya sendiri, anda boleh datang ke sini dan sebelum itu anda boleh melawat sendiri laman sesawang kafe ini untuk mengetahui update terkini sebelum anda pergi sana.

facebook : facebook.com/pg/lightcapturecafe/

instagram : instagram.com/lightcapturecafe/

sumber gambar : twitter IsskndarAriffin