
Umpama melalui terowong masa kala kolonial British masih gah bertapak di negeri bawah bayu, Sabah, demikian perasaan menaiki The North Borneo Railway.
Antara kereta api stim dari seluruh dunia yang masih beroperasi terdapat di Sabah menawarkan pengalaman yang mengujakan.

Kereta api stim berusia seabad itu merupakan kereta api buatan British. Untuk bergerak, kereta api tersebut bergantung sepenuhnya dengan kayu yang dibakar.
Perjalanan kereta api berkenaan akan bermula di Tanjung Aru sehingga ke Kinarut memakan masa kira-kira dua jam.

Sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan pemandangan sekitar yang rata-ratanya terdiri daripada perkampungan tempatan, rumah kedai, sungai dan flora.
Selain itu, untuk mengisi perjalanan anda, beberapa info menarik akan dikongsi oleh para petugas The North Borneo Railway.


Malah menambahkan lagi keriangan anda tatkala menggunakan perkhidmatan ini set sarapan turut disediakan bersama pilihan minuman antara teh O dan kopi O.
Sarapan yang disedikan terdiri daripada kuih muih tempatan, roti bakar dan jem untuk dinikmati sambil menghayati panorama sekitar.

Oleh kerana kereta api ini menyediakan pengalaman persis menaiki kereta api ketika zaman kolonial, anda perlu bersedia dengan dengan kelengkapan seperti tisu dan baju yang tidak tebal.
Satu-satunya sistem pengudaraan adalah bukaan tingkap dan kipas yang terletak pada bahagian bumbung kereta api.

Dalaman kereta api juga diperbuat daripada kayu-kayan. Penting untuk anda mengelak daripada melakukan sebarang vandalisme.
Mahu pengalaman berbeza berbaloi untuk menaiki kereta api ini.

Sumber Places Malaysia