Home MALAYSIA Jom Tengok 5 Pulau yang Menarik yang terdapat di Terengganu

Jom Tengok 5 Pulau yang Menarik yang terdapat di Terengganu

989
0
  1. Pulau Bidong
sumber: Berita Harian

Untuk sampai ke Pulau Bidong ini, anda perlu mengambil botlaju dari jeti dan dalam kira-kira 30 minit barulah anda akan sampai ke sini. Pulau ini cantik dengan tumbuhan karang yang unik serta air lautnya yang biru. Mestilah anda bakal terpukau dengam pemandangan di sini.

2.Pulau Perhentian

sumber: visit-terengganu.net


Nama pulau ini sudah tidak asing lagi dari sebutan mulut pengunjung yang datang ke Terengganu. Tetapi Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perhentian kecil dan perhentian besar. Tetapi sambutan terhadap kedua-dua bahagian ini mendapat sambutan sengit. ‘Confirm’ takkan menyesal punya jika anda datang bercuti di sini.

3.Pulau Redang

sumber: wikipedia


Nama kedua yang sering menjadi sebutan selepas Perhentian ialah Pulau Redang. Untuk sampai ke sini anda perlu menaiki feri dari jeti Shahbandar untuk sampai ke pulau ini. Di sini terdapat pelbagai pilihan hotel malah resort pon boleh didapati di sini. Pemandangan di sini juga sangat menarik dan memukau.

4.Pulau Lang Tengah

sumber: summerbayresort.com

Pulau Lang Tengah bukanlah pulau yang menjadi kegemaran ramai pengunjung. Oleh kerana tidak ramai yang tahu akan kewujudan pulau ini, jadi kekerapan pengunjung yang datang ke sini juga tidaklah sehebat pulau yang lain. Akan tetapi, pulau ini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Nak tahu apa rahsia yang ada di sini? Jom datang ke sini dan alaminya sendiri.

5.Pulau Kapas

sumber: klook.com

Pulau Kapas ini sudah menjadi bualan hangat pengunjung yang datang ke Terengganu. Ramai orang yang cakap bahawa pulau ini tidaklah ‘gempak’ seperti pulau yang lain, tapi untuk sesiapa yang sukakan ketenangan dan suasana tenteram, pulau ini boleh dimasukkan dalam senarai tempat anda. ‘Mat Dan’ pon dulu menetap di sini tau. Bukan calang-calang pulau jugak ni.

Jadi setelah menyenaraikan sebahagian besar pulau yang menarik di Terengganu, anda rasa pulau yang menambat perhatian anda? Ataupun anda ada lagi pulau yang ingin disebutkan?

Jom ramai-ramai kita memeriahkan semua pulau yang ada di Terengganu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here