
Jika ada yang tengah merancang untuk pergi ke Johor, dan anda mencari tempat penginapan yang berkonsep hutan, anda boleh terus menginap di Rainforest Tree House, yang terletak di Kulai
Rainforest Tree House ini merupakan tempat tempat penginapan yang berkonsepkan hutan tetapi ia memberikan value yang sangat menarik.
Apa yang menariknya? Ia seolah olah membuatkan anda berada dalam survival mood travel. Hal ini kerana anda seperti berada di dalam hutan dan tempat menginap cuma berasaskan alam sekitar.

Apa yang lagi menariknya adalah sesetengah biliknya ada di buat di atas pokok. Mesti sejuk kan bila nak tido waktu malam. Apabila tibanya pagi, anda boleh menyaksikan terbitnya matahari dan demikian juga pada waktu senja.
Untuk anda yang risaukan nyamuk di waktu malam, jangan risau, setiap katil disediakan sekali dengan kelambu, di mana anda dapat tidur tanpa sebarang gangguan nyamuk.

Untuk anda yg gayat tu, jangan pulak tempah bilik yang atas pokok tu, silap silap tak turun pulak nanti.
Walaupun pemandangan ini cumalah dari pandangan hutan sahaja, tetapi ia sangat menenangkan. Anda juga dapat menikmati udara yang segar serta mengelakkan lagi dari kesesakan bandar.
Perjalan untuk datang ke sini jika anda berada di bandar Johor Bahru adalah lebih kurang 40 minit sahaja.
Selain dari menginap sahaja di sini, anda boleh juga melakukan aktiviti hiking untuk menambahkan lagio adventure perjalanan anda ke Rainforest Tree House ini.

Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh melawat ke laman rasmi facebook mereka iaitu www.facebook.com/rainforest.treehouse.johor. Di situ anda boleh mendapatkan segala maklumat terkini tentang perkembangan tempat ini.