Home MAKAN-MAKAN Jom Singgah Untuk Dessert Yang Meletop di Beryl’s Lot 18

Jom Singgah Untuk Dessert Yang Meletop di Beryl’s Lot 18

2190
0

Pernah dengar nama brand Beryl’s? Selalu kita tengok nama brand ini di hadapan plastik coklat sahaja. Tetapi untuk post kalini, anda boleh teroka mengenai cafe dessert Beryl’s Lot 18.

Cafe Beryl’s Lot 18 ini terletak di Jalan Panggong, Kuala Lumpur. Lagi satu, untuk menjimatkan masa anda, anda boleh menaiki LRT ke sini dan stesen yang perlu anda berhenti adalah stesen Pasar Seni. Alah, 4 minit sahaja berjalan dari stesen LRT ke Cafe Beryl’s Lot 18 ni.

Cafe ini dibuka bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Timing yang sangat sesuai untuk ‘tea time’.

Cafe ini dari luaran nampak seperti kafe biasa sahaja, tetapi jangan terkejut apabila anda masuk ke dalam kafe ini. Ia sangat cantik dan sedap mata memandang.

Dekorasi dalaman kedai ini sangat minimalist. Dengan konsep warna cerah dan lembut, membuatkan semua pelanggan yang datang ke sini berasa lebih tenang dan ingin duduk lama di situ.

Tak lupa, setiap pelanggan yang datang wajib pulang dengan sekeping gambar yang sudah dikongsikan di sosial media. Hal ini kerana, dekorasi serta tema yang ditetapkan di sini sangat cantik.

Terdapat pelbagai pilihan kek yang menarik di sini yang bakal membuatkan anda pening kepala untuk pilih yang mana satu. Semuanya kelihatan sangat sedap dan enak. Anda patut cuba kek Chocolate Lover. Ia merupakan menu top selling di sini.

Selain dari dessert, dari segi minuman pula anda boleh menikmati pilihan teh, coklat dan juga jus buah-buahan.

Tengok gambar pon dah telan air liur kan? Jadi, untuk anda mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi facebook mereka iaitu www.facebook.com/beryls.lot18/ untuk update yang terkini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here