Home PERCUTIAN PULAU Pulau Rawa Johor Persis Maldives Malaysia

Pulau Rawa Johor Persis Maldives Malaysia

490

Pulau Rawa; sebuah pulau kecil yang terletak di Johor dan merupakan pulau yang agak privasi di semenanjung Malaysia. Bagi sesetengah orang, mereka menggelarkan pulau ini sebagai ‘Maldives of Malaysia’. Kenapa diberi jolokan nama tersebut? Ini kerana keunikan dan keindahan pulau ini sangatlah menarik serta banyak perkara yang menarik dapat dilakukan apabila anda berada di sini.

sumber: freemalaysiatoday.com

Menarik kan gambar pulau ini? Untuk penggemar lokasi pulau, lokasi ini sudah semestinya akan berada di dalam ‘wishlist’ anda. Di sini saya akan simpulkan serba sedikit apa yang menarik di pulau ini dan apakah perkara yang dapat anda lakukan apabila anda berada di sin.

Perkara yang utama sudah semestinya pemandangan yang cantik serta warna air jernih kebiruaan bak kata frasa inggeris ‘crystal clear’. Kejernihan air di pulau membuatkan ramai yang terpukau tambahan dapat menambat hati para pengunjung yang datang ke sini.

Selain itu, anda juga dapat bermandi manda di sini dan melakukan aktiviti seperti kayak, snorkeling, dan ‘scuba dive’. Di sana juga terdapat pakej tertentu dan berbeza mengikut aktiviti yang anda mahukan.

sumber: relaxpenang.com

Anda boleh menetap di Pulau Rawa Resort, dimana ia menyediakan tempat penginapan yang menarik serta kemudahan yang serba lengkap bagi pengunjung yang datang ke sini. Jika anda ingin mengetahu lebih lanjut anda boleh melayari laman sesawang www.rawaislandresort.com mengenai harga serta tawaran penginapan yang menakjubkan.

sumber: jjtravellingblog.blogspot.com

Seperkara lagi yang membuatkan pulau ini menambat hati ramai orang untuk datang ke sini adalah ‘Pulau Rawa Slide’. Pernah tak anda jumpa ‘slide’ di mana-mana pantai yang lain? Kemudahan tersebut merupakan simbolik keunikan pulau tersebut.

sumber: relaxpenang.com

Begitulah serba sedikit keunikan dan perkara yang dapat anda lakukan apabila anda pergi ke Pulau Rawa. Jadi dah siap pack baju ke belum? Cepat siap siap book tarikh dan nikmati keunikan salah satu pantai yang menjadi tumpuan