
Pada hujung minggu mesti ramai akan merancang untuk keluar bersiar-siar tidak kisahlah bersama rakan-rakan mahupun kekasih ataupun keluarga.
Untuk kurangkan stress di waktu hujung minggu, anda boleh datang ke Taman Burung di Kuala Lumpur. Ianya terletak di Taman Tasik Perdana. Apa yang lagi best, ia cuma 10 minit sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.
Kawasan rumah burung ini dibuat di dalam hutan hujan tiruan untuk mengekalkan hidupan burung ini di dalam habitat mereka. Taman Burung ini menempatkan kira kira 3,000 burung tempatan dan luar negara yang merangkumi 200 spesis yang berbeza,

Taman Burung terbahagi kepada 4 zon iaitu Zon 1,2,3 dan 4. Zon 4 menempatkan merupakan tempat semua burung ditempatkan di dalam sangkarnya masing-masing.

Manakala Zon 3 pula merupakan penempatan burung Enggang. Ia merupakan burung yang agak besar.

Zon yang paling menarik adalah Zon 1 dan 2. Di sini anda dapat melihat sendiri burung-burung berterbangan dengan bebas.
Zon 1,2 dan 3 sangat menarik perhatian pengunjung yang datang ke sini oleh kerana mereka dapat hidup di habitat ini secara bebas malah mereka turut dapat membiak dan mengekalkan spesis mereka di sini!
Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga yang inginkan ketenangan dan bersantai. Di sini anda dapat bergambar dan juga mendengar bunyi kicauan burung di habitat ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi klbirdpark.com untuk membeli tiket masuk dan juga mengetahui maklumat lanjut.
sumber gambar : jomjalan.com.my/listing/taman-burung-kl/