Home MALAYSIA Jom ke Port Camping di Lenggong Long House Campsite di Cameron Highlands!

Jom ke Port Camping di Lenggong Long House Campsite di Cameron Highlands!

1495
0
sumber: twitter viralperak

Apabila terdengar nama Cameron Highlands, mesti ramai dah terngiang-ngiang dengan gambaran ladang teh, suasana sejuk serta pelbagai lagi.

Tetapi adakah anda tahu, berdekatan dengan Cameron Highlands juga terdapat satu tempat ‘campsite’ yang menarik. Nama tempat tersebut adalah Lenggong Long House Campsite.

Jika anda tengah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan, anda boleh datang ke sini. Apa yang ada di sini?

Di sini merupakan kawasan yang berdekatan dengan kawasan air terjun. Anda perlu berhati-hati dan juga kalau boleh jangan datang pada musim hujan.

Tempat ini sangat sesuai untuk anda yang sangat inginkan ketenangan kerana di sini tidak mempunyai capaian internet serta sumber ‘plug point’. Jadi anda boleh meluangkan masa sepenuhnya di sini tanpa sebarang gangguan.

sumber: twitter viralperak

Konsep penginapan di sini adalah pondok dan juga chalet. Bilik yang disediakan di sini sangat menarik dan yang paling penting view di sini sangat cantik dan mempersona.

sumber: twitter viralperak

Apa yang menariknya adalah apabila bangun pagi saja, anda boleh terus mandi air terjun. Tapi mesti bergetar punya nak mandi sebab sejuk. Maklum lah air bukit kan.

Untuk menjadikan trip perkhemahan anda lagi menarik, anda boleh merancang dengan rakan baik anda dan mengadakan BBQ apabila waktu malam. Dapatlah mengeratkan lagi ‘bonding’ dengan rakan anda.

Untuk makluman lebih lanjut anda layari facebook Lenggong TV. Jadi apa tunggu lagi, dah boleh whatsapp rakan-rakan anda dan rancang perkelahan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here