Home MAKAN-MAKAN Jom Datang ke Penang dan Singgah ke Urban Daybreak untuk Nikmati Sarapan...

Jom Datang ke Penang dan Singgah ke Urban Daybreak untuk Nikmati Sarapan Yang Menarik!

564
0
sumber: penangfoodie.com

Penang, bandar yang tidak pernah sunyi dengan gelaran ‘port makan sedap’. Bagitahu sahaja apa yang anda inginkan, semuanya boleh cari di Penang.

Untuk anda yang mencari port sarapan pagi yang best tapi versi kafe, anda boleh datang dan cuba Urban Daybreak Cafe. Cafe ini terletak di Georgetown, Penang. Waktu beroperasinya pula bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Kafe ini ditutup pada hari selasa sahaja okay.

Kawasan di sini agak sukar untuk meletakkan kenderaan. Jadi anda dinasihatkan untuk mencari meletakkan kenderaan anda di tempat berdekatan dengan kafe inin dan berjalan kaki ke sini.

Apa yang menarik di sini? Anda boleh dapatkan set makanan pagi dan tengah hari dengan harga yang berpatutan. Tambahan lagi makanan yang disediakan juga adalah sangat menyihatkan.

sumber: tripadvisor.com.my
sumber: penangfoodie.com

Antara pilihan sarapan pagi yang boleh anda pilih apabila datang ke sini adalah fried chicken waffle, pancake dan yang terakhir adalah smoothie bowl. Semua pilihan ini merupakan top selling item di kafe ini. Rata-rata pelanggan memberikan komen yang memuaskan setelah menikmati hidangan di sini.

Dekorasi dalaman kedainya juga agak menarik dan mengikut citarasa pelanggan masa kini. Dekorasi yang sangat minimal dan simple. Boleh juga dijadikan sebagai tempat ‘insta-worthy’ untuk memenuhkan sosial media anda.

sumber: penangfoodie.com

Selain dari keunikan dan kesedapan makanan di sini, oleh kerana kedudukannya yang strategik, anda boleh bersiar-siar di sekitar bandar Georgetown.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila kunjungi facebook rasmi mereka iaitu facebook.com/urbandaybreak. Semua update yang terkini boleh didapati di situ. Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here