Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Jom Cuci Mata Dengan Menikmati Pemandangan Alam Semulajadi Yang Cantik di The...

Jom Cuci Mata Dengan Menikmati Pemandangan Alam Semulajadi Yang Cantik di The Dusun.

681

Anda stress? Jangan risau, ada port best yang bakal menghilangkan stress anda. Jom datang ke The Dusun untuk hilangkan stress dengan menghayati keindahan alam semulajadi.

The Dusun terletak di Negeri Sembilan. Jika anda dari Kuala Lumpur, dengan hanya pemanduan selama 1 jam 30 minit sahaja, anda boleh sampai ke sini. Sekejap je kan?

The Dusun bakal memberikan kelainan yang sangat menyeronokkan. Anda dapat menikmati ketenangan dan keindahan alam semulajadi yang sukar diperolehi di tempat lain.

Dengan 6 pilihan ‘rumah unik’ anda pasti akan teruja bermalam di salah satu rumah di sini. Antara pilihan rumah yang disediakan di sini adalah Lanai, Berembun, Perling, Tembusu, Emas dan Tapir.

Setiap satu rumah ini mempunyai kadar yang berbeza dan kadar yang terumah adalah RM 400 (Tembusu & Perling) manakala yang termahal adalah RM 900 (Emas & Tapir) untuk satu malam.

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah infinity pool yang menyajikan pemandangan yang sangat menarik dan juga tempat untuk persiapan BBQ.

Tambahan lagi, anda juga melakukan aktiviti ‘jungle trekking‘ dan bermandi di air terjun di kawasan sekitar tempat tersebut.

Kunjungi laman sesawang rasmi mereka untuk dapatkan info yang terkini dan menarik di The Dusun. Segala info serta maklumat menyeluruh boleh didapati di situ. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan secara terus di laman sesawang tersebut.

Simpan sini dulu, nanti dah habis PKP, boleh terus shoot datang ke The Dusun.

sumber gambar: The Dusun