
Sesuai dengan gelarannya sebagai Syurga Tersembunyi, Kalibiru Raja Ampat di Papua Barat mengalirnya sebatang sungai yang jernih.
Kejernihan sungai ini luar biasa kerana bukan sahaja menampakkan dasarnya, malah tekstur air ini berwarna biru laut dan turqoise.


Terletak dalam kawasan hutan tropika kepulauan Waigeo di Indonesia, pengunjung perlu bersedia meredah hutan dan sungai cetek untuk berkunjung ke sini.
Malah sekiranya anda dari pusat bandar Raja Ampat, anda perlu menaiki bot selama sejam ke Teluk Mayalibit kemudian memulakan perjalanan ke kawasan sungai.



Difahamkan perjalanan dari Teluk Mayalibit ke Kalibiru memakan masa antara 15 hingga 30 minit. Sungguhpun begitu, sekiranya berlaku air pasang, kedalaman sungai akan meningkat lalu menyukarkan lagi perjalanan.
Kawasan Kalibiru diuruskan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Biarpun lokasi tarikan pelancongan ini jauh ke dalam hutan, kemudahan laluan yang disediakan amat memuaskan.


Setiap sudut di Kalibiru amat menarik untuk dirakamkan. Menurut masyarakat setempat semakin turqoise kejernihan air menunjukkan sungai tersebut bebas pencemaran.
Penduduk setempat juga sepakat menolak sebarang pembangunan berdekatan kawasan sungai kerana khuatir Syurga mereka lenyap.
