Home MALAYSIA Jeram Mengaji Agro Resort Tarikan Pelancong di Pasir Puteh

Jeram Mengaji Agro Resort Tarikan Pelancong di Pasir Puteh

4172

Siapa sangka di sebalik kedudukan lokasi yang agak tersembunyi di balik hutan belantara dan laluan jalan kampung, terdapat sebuah lokasi yang boleh dianggap sebagai ‘permata’ yang bakal digilap sebagai tarikan pelancongan baru di Pasir Puteh ,Kelantan.

Destinasi yang sangat menarik ini terletak di Jeram Mengaji Agro Resort, kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh.

Selain menawarkan keindahan panorama semula jadi, Jeram Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi keluarga.

Malah, di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh dunia!

Kemudahan surau dan tandas awam juga lengkap tersedia di sini utk kegunaan para pengunjung.

Apa tunggu lagi, jom berkunjung di Jeram Mengaji Agro Resort!

Sumber & Kredit Foto: Facebook Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan