Home LAIN-LAIN Jalan TAR Kembali Meriah Dengan The Famez Bazaar Ramadan ini!!!

Jalan TAR Kembali Meriah Dengan The Famez Bazaar Ramadan ini!!!

107

Walaupun tidak berniaga di bazar, hati admin pantas bersyukur apabila bazar Ramadan dan Aidilfitri kembali beroperasi di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Jalan TAR nama singkatannya sudah sangat sinonim dengan lubuk peniaga pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal mencari rezeki lebih selain pelbagai pilihan juadah.

Kira-kira dua tahun lalu, keputusan kurang popular kerajaan terdahulu menempatkan bazar Ramadan dan Aidilfitri di Dataran Merdeka agak canggung.

Walaupun masih menerima jumlah pengunjung memberangsangkan namun Jalan TAR terlalu ikonik dengan imej bazar sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal.

Rasanya ramai pasti gembira dengan keputusan terkini kerajaan khususnya menempatkan semula lokasi bazar di Jalan TAR dengan jenama The Famez Bazaar Ramadan Aidilfitri.

Walau bagaimanapun, suasana meriah itu mungkin tidak seperti dahulu memandangkan kita semua terikat dengan SOP yang ketat di samping pandemik Covid19 belum pulih.

Namun, kita perlu yakin dengan keputusan kerajaan dan kita sendiri sebagai rakyat menjaga serta melindungi diri daripada dijangkiti pandemik berkenaan.

Berbaki kurang daripada sebulan Ramadan menjengah umat Islam di Malaysia, rasanya tidak sabar mahu kembali menjejakkan kaki di bazar Jalan TAR.

Jangan lupa terawih tau!!!

Sumber Wilayahku dan Rizal Hakimm Punyer