Home LAIN-LAIN AIRLINES Industri Pelancongan dan Penerbangan Dunia Semakin Tenat…

Industri Pelancongan dan Penerbangan Dunia Semakin Tenat…

1247
0

Industri penerbangan dan pelancongan dijangka terus malap sehingga tahun 2023.

Kejayaan para saintis menemukan vaksin Covid19 tidak mampu merawat dunia dalam tempoh yang singkat sebaliknya sekadar memperlahankan jangkitan.

Penemuan varian baharu Covid19 yang mampu bermutasi sudah tentu membuatkan pakar perubatan tidak senang duduk.

Namun begitu, halangan utama bukanlah Covid19 semata-mata sebaliknya syarat kemasukan pintu sempadan negara yang ketat dan kuarintin kendiri menghancurkan mood untuk bercuti.

Bayangkan dua buah negara iaitu Australia dan New Zealand yang mampu mengawal penularan Covid19 pada kadar kurang daripada 10 masih takut membuka pintu sempadan.

Ya….travel bubble antara dicadangkan untuk survival sektor pelancongan.

Namun kebanyakan negara tidak sanggup menerima pelancong berikutan khuatir mereka membawa Covid19.

Terdapat juga cadangan pasport medikal untuk memberi kelonggaran kepada pelancong yang telah mengambil vaksin.

Sungguhpun begitu, pendapat pakar, sektor pelancongan tempatan pula dijangka pulih secara berperingkat.

Namun, industri penerbangan komersial perlu bersedia berhadapan dengan staf kerana kebanyakan mereka hanya wujud untuk bertahan….

Sumber The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here