
Jika anda gemarkan suasana menghijau dikelilingi dengan alam semula jadi, anda harus singgah ke Hutan Lipur Puncak Janing jika berkesempatan ke utara tanah air!
Hutan Lipur Puncak Janing berada di dalam Hutan Simpan Bukit Perangin dan lokasi ini terletak lebih kurang 50 kilometer dari Alor Setar melalui jalan dari Jitra ke Kuala Nerang.

Ia kaya dengan flora dan fauna dan mempunyai air terjun dan sungai yang mengalir sepanjang kawasan rekreasi tersebut.
Sungai Janing sepanjang 1.5 kilometer mempunyai keunikan batu-batanya yang sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.

Keunikan kawasan ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun yang menarik dengan batu-bata yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi.
Anda boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di sini, berkelah, mandi sungai, berkhemah, BBQ dan banyak aktiviti lagi!

Jadi, jika anda mahu merasai sendiri keunikan lokasi ini, jangan lupa singgah ke Hutan Lipur Puncak Janing, Kuala Nerang!
Sumber: Kedah Tourism / Travel Around Malaysia
Kredit foto: Kedah Tourism, Travel Around Malaysia, CMC CMC, Malaysian Natural Heritage, Tempat Menarik