Home MAKAN-MAKAN Ibarat Makan di Dalam Spaceship! Jom Makan di Novae – Future Tavern

Ibarat Makan di Dalam Spaceship! Jom Makan di Novae – Future Tavern

6980
0
sumber: facebook novaetavern.kl

Zaman sekarang makin ramai peniaga-peniaga yang kreatif. Pelbagai rekaan kedai malah ada juga yang mencipta resipi yang lain dari yang lain.

Restoran yang bakal membuatkan anda berada seolah olah di angkasa lepas, iaitu Novae- Future Tavern. Haa dengar nama pon ala ala di luar kawasan bumi kan.

Dekorasi dan hiasan di restoran ini direka seperti angkasa lepas. Anda dapat merasai kelainan apabila anda datang ke sini.

Terdapat kawasan tempat makan yang direka seperti di dalam ‘tube’. Jarang kan kita jumpa dekorasi seperti ini?

sumber: twitter Jomkitamy
sumber: twitter Jomkitamy

Sebelum itu, kedai ini terletak di Sunway Damansara, Petaling Jaya. Mereka akan beroperasi bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 11 malam.

Menu yang disediakan di sini adalah masakan ‘modern asian fusion’. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu konsep bar dan bahagian makan yang biasa.

sumber: twitter Jomkitamy

Makanan yang dihidangkan di sini bakal memenuhi citarasa anda dan juga hidangan minuman yang sedap dapat menghilangkan dahaga anda.

Apa yang menarik perhatian di sini adalah dekorasi seperti berada di angkasa. Sangat berbaloi jika anda merupakan seorang yang berminat untuk bergambar.

sumber: twitter Jomkitamy

Tambahan pula, setiap sudut di sini sememangnya on point dan bantuan cahaya yang sangat memberansangkan. Dapat lah penuhkan laman sosial anda dengan gambar yang menarik.

Jangan lupa untuk kunjungi laman facebook rasmi mereka untuk maklumat lebih lanjut iaitu www.facebook.com/novaetavern.kl

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here