Home OVERSEAS TRAVEL ASIA Hotel Seakan Kapal Persiaran Terdampar Tarikan di Korea Selatan

Hotel Seakan Kapal Persiaran Terdampar Tarikan di Korea Selatan

661

Kapal persiaran di atas darat, demikian tarikan di Jeong Dong Jin di Korea Selatan saban tahun tanpa gagal menarik kedatangan pelancong.

Terletak di atas puncak bukit ternyata umum berpendapat ia merupakan sebuah kapal persiaran yang terdampar…dilambung ombak barang kali.

Namun segala tanggapan itu meleset kerana replika tersebut bukanlah kapal terdapampar, sebaliknya sebuah hotel dengan konsep kapal persiaran.

Hotel yang dikenali sebagai Sun Cruise Resort and Yatch itu beroperasi sejak tahun 2002 dengan misi menjadi sebuah perhotelan yang unik dan tersendiri.

Ternyata tindakan pusat peranginan itu tepat dan pantas menerima sambutan daripada pelanggan yang ingin menikmati percutian kapal mewah.

Servis yang disediakan amat persis dengan percutian atas kapal persiaran mewah. Daripada kelengkapan bar, hiburan malam, dek peninjau dan tempat tidur, semuanya sama.

Malah bagi mereka yang mabuk laut pasti memilih percutian di sini kerana tidak perlu khuatir merasa gentar berada di tengah-tengah lautan.

Bukan sahaja hiasan bilik dan dekorasi ruang dalaman persis kapal persiaran, malah kolam renang air masin turut disediakan untuk menambah mood pelayaran.

Berbekalkan lokasi yang amat strategik iaitu puncak bukit di kelilingi laut merupakan tambah nilai berharga kepada mereka yang ingin berlayar di sini.

Terdapat juga kolam renang biasa yang di sekitar lokasi pusat peranginan itu. Aktiviti lain seperti ruang bola tampar, permainan indoor juga disediakan.

Tarikan utama penginapan di sini ialah menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Mmmmm mesti indahkan…

Walaupun perkhidamatan disediakan persis kapal mewah, harga menginap disini hanya RM270 semalam.

Jika bosan berada dalam kapal..di sekeliling pusat peranginan anda boleh juga ke kawasan sekitar taman arca dan bunga.

Sumber Jagadita