Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Umum Tamat Operasi

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Umum Tamat Operasi

1743

Gah berdiri di tengah-tengah segi tiga kawasan komersial bandaraya Kuala Lumpur, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang antara hotel mewah popular dalam kalangan elit.

Malangnya, hotel berkenaan bakal menjadi kenangan apabila pihak pengurusan mengumumkan pemberhentian operasi secara serta merta bermula Ahad (14 Februari 2021) lalu.

Selepas industri penerbangan terjejas teruk dengan menyaksikan ramai kehilangan kerja, nampaknya impak penularan Covid19 telah menyerang industri perhotelan pula.

Dalam satu kenyataan rasmi pihak pengurusan hotel tidak dinyatakan secara jelas alasan penutupan dan pemberhentian operasi berkenaan.

Memetik laporan Sinar Plus, pihak pengurusan hotel menzahirkan penghargaan kepada pelanggan yang pernah menggunakan perkhidamat hotel berkenaan.

Malah menerusi laporan yang sama, difahamkan hotel tersebut telah secara rasmi tidak beroperasi sejak 11 Februari lalu.

Kendatipun, kesemua cawangan hotel dan resort Royale Chulan masih beroperasi seperti biasa.

Mengikut rekod, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang memulakan operasi pada sekitar 2004 di bawah anak syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB).

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang mempunyai 418 bilik bertaraf empat bintang.

Penamatan operasi ini sudah tentu mengejutkan pelanggan tetap mereka dan kegagalan hotel berprestij ini mempertahanakan survival mereka.

Sumber Sinar Plus