Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Hotel Equatorial Bertaraf Lima Bintang Umum Henti Operasi 31 Mac ini

Hotel Equatorial Bertaraf Lima Bintang Umum Henti Operasi 31 Mac ini

949

Tiada tanda Covid19 akan sembuh dalam masa terdekat, industri perhotelan pula terus bergelut untuk bertahan dalam pasaran pelancongan domestik.

Apa guna kewujudan sebuah hotel jika ia tidak mempunyai penghuni sementelah tanpa penghuni perniagaan perhotelan pasti bungkus…

Sebuah hotel berprestij lima bintang, Hotel Equatorial di Pulau Pinang akhirnya mengangkat bendera putih dalam perang menentang Covid19.

Selepas tiga dekad beroperasi, menerusi kandungan surat yang tular, hotel mewah itu akan menghentikan operasi pada 31 Mac ini.

Menerusi kandungan surat yang tular keputusan itu diambil kerana aliran tunai terus mencatatkan kerugian manakala sukar untuk hotel berkenaan untuk terus bertahan.

Sehingga 31 Mac ini, kesemua pekerja hotel akan dibayar gaji sebaiknya dan pihak pengurusan komited melunaskan segala faedah dan pampasan kepada pekerja mereka.

Sementara itu terikat dengan arahan PKP daripada Kerajaan, pengurusan hotel belum memutuskan keputusan tarikh terakhir untuk menerima tetamu.

Hotel Equotarial terletak di Bukit Jambul mempunyai 662 bilik dan antara hotel terawal bertaraf lima bintang yang terdapat dalam Pulau Pinang dan utara negara ini.

Nampaknya status lima bintang dan nilai prestij sesebuah hotel tidak membantu untuk sektor ini bertahan.

Sehingga kini tiga buah hotel di Pulau Pinang menutup operasi impak daripada pandemik Covid19.

Fuh.. Fuh… Pergilah Covid19!!!

Sumber Sinar Harian