Home MAKAN-MAKAN Hidangan Hotel Pada Kadar RM3 SAHAJA!!! Jom ke Hotel Red Rock

Hidangan Hotel Pada Kadar RM3 SAHAJA!!! Jom ke Hotel Red Rock

1409
0

Tidak kenal erti putus asa, demikian kegigihan seorang Pengurus Hotel, Jeffrey Lim demi meneruskan survival perniagaan Hotel Red Rock di Georgetown Pulau Pinang.

Sambil memegang sehelai manilakad dengan tulisan ‘RM3.00 only’ Jeffrey melaung memanggil pelanggan ke perkarangan hotel berkenaan.

Selepas tidak sanggup memberhentikan pekerja dan melihat kakitangan kehilangan pekerjaan tika pandemik Covid19, dia membuka pelbagai gerai menjual makanan.

Tindakan itu antara langkah Jeffrey memastikan pekerja hotel tetap mempunyai pekerjaan di samping mempertahankan perniagaan perhotelan.

Sementelah PKP yang belum berakhir di samping larangan merentas daerah, banyak industri perhotelan yang bungkus sepanjang PKP.

Hotel tiga bintang itu terletak di Jalan Macalister, Georgetown Pulau Pinang.

Bagi pelanggan pula tidak mungkin anda boleh merasai sentuhan cef profesional pada harga RM3 sahaja.

Tawaran dari Hotel Red Rock ini mungkin terlalu istimewa untuk dilepaskan.

Kepada warga Penang dan mereka yang berdekatan supportlah bisnes mereka.

Walaupun tidak banyak…yang penting dapat meringankan beban.

Tahniah Mr. Jeffrey you earn Malaysian respect!!!!

Sumber Penang Kini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here