
Rojak, pasemboq dan nasi kandar merupakan gastronomi utama yang menjadi tarikan pengunjung setiap kali berkunjung di Pulau Pinang.
Namun, selain hidangan di atas, Pulau Pinang turut menawarkan pilihan makanan ala barat yang mungkin menarik perhatian anda.
Triphackerz menyenaraikan tiga restoran terbaik hidangan barat berdasarkan rating pelanggan, harga yang berpatutan pada kadar bawah RM30++ dan food presentation.


Sesuai dengan cogan kata “Kalau habih hampa champion”, Papizs Cafe yang terletak di Bandar Bayan Baru popular kerana saiz hidangannya yang besar.
Biarpun menawarkan saiz hidangan besar, harga yang ditawarkan sekitar RM30++ untuk setiap set bersama dua air. Murahkan?
Pilihan popular di Papisz Cafe ialah Burger Cheese Meleleh dan Meatball Cheese.



Hantu keju jangan lepaskan peluang ke restoran hidangan barat, The Original Mikki Western Cuisine. Restoran ini berada di Sungai Nibong dan terbaharu di Golden Triangle Relau.
Menu popular di restoran ini bertemakan Take It Cheesy menggadunkan pelbagai jenis keju kemudian dijadikan sos. Hidangan wajib ialah Cheesey Crispy Chicken dan Homemade Cheesy Burger.



Pak Mat Western Cafe terletak di Bukit Mertajam antara restoran hidangan barat popular di Pulau Pinang. Cogan kata restoran ini ialah Citarasa Hotel. Whoaaa..
Hidangan wajib di sini ialah Lamb Chop. Perapan kambing di sini istimewa kerana ia resipi turun termurun keluarga Pak Mat.
Selain Lamb Chop terdapat hidangan lain seperti Mix Grilled Platter dan seleksi pasta. Yang penting harganya bawah RM30.



Dah terliur ke? Jom ke Pulau Pinang!!!