
Laris dan habis ditempah. Demikian penangan tarikan percutian glamping dalam kawasan Lapangan Terbang Jewel Changi di Singapura.
Tarikan percutian baharu dan unik itu mungkin satu-satunya konsep glamping yang ditawarkan dalam sebuah premis lapangan terbang di sesebuah negara.

Tujuan utama pihak pengurusan Lapangan Terbang Jewel Changi memperkenalkan konsep berkenaan demi survival perniagaan dalam premis bangunan tersebut.
Setelah wabak pandemik Covid19 yang menular di seluruh dunia, tidak dapat dinafikan sektor pelancongan terjejas teruk.

Sektor penerbangan Singapura juga terjejas setelah kesemua penerbangan antarabangsa dihentikan sejak September tahun lalu.
Kembali berkisar mengenai glamping di Lapangan Terbang Jewel Changi, pengunjung turut diberikan pelbagai voucher beli-belah secara percuma.

Kanopi dan khemah ditempatkan dalam kawasan Shiseido Forest Valley menawarkan elemen hijau dan struktur moden sekitar lapangan terbang tersebut.
Malah mereka yang menginap berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan ketika membeli-belah dalam premis di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Walapun harga ditawarkan SGD 300 (RM913) semalam, permintaan terhadap percutian glamping berkenaan amat memberangsangkan.
Mmmm..bersyukur jadi rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya pelbagai pilihan pelancongan tempatan ditawarkan pada harga amat berpatutan.

Sumber TheGuardian, Jewel Changi Airport
dan Changi Festive Village