
Kepulauan Bahamas lazimnya sangat popular dengan kepelbagaian diversiti lautannya terutama aktiviti ekstrem menyaksikan jerung liar.
Merupakan sebahagian daripada destinasi pelancongan utama di Amerika, terdapat keunikan lain selain melihat jerung liar semata-mata.

Pulau Big Major Cay, Exuma merupakan sebahagian dari kepulauan Bahamas menjadi habitat haiwan yang lebih jinak dan selamat untuk anda dekati iaitu khinzir liar.
Terletak di kira-kira dua jam perjalanan dari tanah besar Exuma, Big Major Cay popular dalam kalangan penduduk setempat sebagai Pulau Khinzir.

Jolokan nama itu sudah tentu diilhamkan daripada habitat khinzir yang hidup secara bebas di kepulauan ini.
Terdapat pelbagai kisah dongeng mengenai kewujudan habitat khinzir di pulau berkenaan.

Antara kisah yang popular ialah khinzir tersebut telah dibawa pedagang masa silam sebagai stok makanan. Namun sesuatu yang terjadi menyebabkan khinzir dilepaskan di pulau tersebut.
Operator pelancongan tempatan turut menyediakan perkhidmatan khusus membawa pelancong ke pulau ini.


Aktiviti yang sering membuatkan pelancong teruja ke Pulau Khinzir ini demi menyaksikan kebijaksanaan khinzir ini berenang…
Selain itu, aktiviti selebihnya beramah mesra dengan kumpulan khinzir liar berkenaan dan memberi mereka makan.

Sehingga kini terdapat lebih 200 ekor khinzir hidup aman damai di pulau tersebut tanpa kehadiran penempatan manusia.
Sebarang binaan penginapan dan bangunan tidak dibenarkan di pulau ini. Walau bagaimanapun anda boleh menginap di hotel sekitar Exuma pada kadar RM975 semalam.

Sanggup ke bayar hampir RM1k demi melihat khinzir????
Sumber Telegram Tak Boleh Tidur