
Pernah tak anda makan makanan yang dibuat daripada madu lebah sepenuhnya? Jika anda tidak pernah, jom datang ke Burrow at Bangsar di mana mereka bakal menghidangkan makanan yang lazat dan diperbuat daripada madu lebah yang asli.
Menu yang menjadi signature bagi cafe ini adalah dinamakan Canele. Burrow cafe baru sahaja dilancarkan pada awal PKP 2.0. Malah, walaupun bermula perniagaan di situasi yang agak sukar, mereka masih teguh mengekalkan perniagaan mereka.

Tidak dilupakan, dekorasi dalaman glass cafe ini yang sangat unik, menjadikan Burrow sebagai perhatian bagi penggemar cafe minimalis yang cantik.
Dengan spot yang sangat menarik ini, ia sangat sesuai untuk dijadikan port baru untuk datang lunch bersama rakan-rakan kerja ataupun bersama yang tersayang.

Canele ini merupakan signature bagi Burrow cafe ini dinama ia diperbuat daripada telur, susu, tepung, mentega dan juga gula. Canele merupakan makanan yang berasal daripada negara Perancis dan mendapat penerimaan baik bagi rakyat Malaysia.
Malah, ada juga pelanggan yang sangat gembira oleh kerana Canele ini sangat sedap dan juga meminta untuk mendapatkan tambahan bagi hidangan ini.

Selain itu, terdapat juga hidangan bakery yang lain dan juga hidangan kopi yang lazat untuk dinikmati di situ.
Jadi, oleh kerana PKP ini masih berlanjutan, simpan sini dahulu dan apabila keadaan kembali ke situasi yang tidak membimbangkan, bolehlah anda datang dan singgah di sini.
Jangan lupa dapatkan gambar gambar yang menarik di sini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di sosial media anda.
sumber gambar: Eat Drink KL