Home LAIN-LAIN TRAVEL TIPS Girls Outing Antara Anak dan Ibu, Jangan Jadi Mimpi Ngeri

Girls Outing Antara Anak dan Ibu, Jangan Jadi Mimpi Ngeri

1224

Mempunyai anak perempuan meningkat usia remaja ada kalanya mengujakan terutama para ibu kerana mempunyai lebih ramai geng di rumah.

Lazimnya, para ibu ingin mencipta bonding yang unik dengan anak perempuan masing-masing selain memasak bersama, mekap bersama atau saling berkongsi hiasan wanita.

Bagaimana pula bercuti? Girls Day Out pasti lebih bermakna jika ibu dapat berkompromi. Berikut merupakan tip percutian Girls Day Out antara ibu dan anak perempuan anda.

1) Kenal pasti minat anak

African American mother (30s) and daughter (6 years) at the beach, playing in the surf.

Penting untuk para ibu sebagai penaja utama untuk mengenal pasti minat anak masing-masing sebelum travel bersama mereka. Contohnya, anak-anak mungkin meminati laut berbanding terperap di hotel. Jadi cari lokasi berdekatan laut dan kita enjoy!!

2) Wujudkan satu sesi khusus bersama anak-anak

Mungkin anda boleh menganjurkan tema malam baju pijama atau tema tudung bawal atau menggayakan fesyen sama dengan anak-anak anda. Sesi berkonsepkan tema ini pasti menjadi momen indah tatkala tamat percutian untuk dikenang semula.

3) Isi waktu sebaiknya

Pastikan anda menggunakan kualiti masa yang ada sebaiknya. Jika anda seorang ahli korporat lupakan seketika hal berkaitan kerja. Fokus meluangkan masa bersama anak-anak. Jika boleh kurangkan melihat Whatsapp kerja atau apa sahaja yang tidak berkaitan percutian anda.

4) Terbuka dengan idea

Kadangkala jiwa remaja dan keinginan anak anda mungkin mengimpikan perkara yang berbeza. Sekiranya terdapat perancangan awal anda yang mungkin terpaksa dipinda kerana keinginan anak anda, berlapang dada dan terimalah dengan terbuka.

5) Jangan jadi bossy

Ya…ini perkara perlu dielak. Jangan jadi bossy mom ya. Penting untuk anak anda selesa untuk bercerita apa sahaja. Jangan mengarah itu ini terutama suruh anak gosok tudung. Gosok tudung sendiri….

Jom Girls….Lets enjoy!!