Home MALAYSIA Gempaknya Istana Flintstones di Johor Ni! Dapat Tengok Dari Pagar Je La...

Gempaknya Istana Flintstones di Johor Ni! Dapat Tengok Dari Pagar Je La Tapi

679
0

Siapa dekat sini peminat siri animasi Amerika Syarikat yang berlatar belakangkan Zaman Batu dan popular sekitar tahun 1960-an iaitu “The Flintstones”?

Korang tahu tak bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan peminat setia keluarga kartun animasi tersebut sehinggakan Baginda mengabadikannya dalam bentuk sebuah istana yang diberi nama “Istana Flintstones” yang tersergam indah di daerah Mersing, Johor!

Istana unik itu dibina di kawasan seluas 24 hektar yang menghadap ke laut serta dilengkapi dengan sebuah rumah api setinggi sembilan tingkat, yang masih dalam pembinaan.

Satu-satunya istana yang berinspirasikan watak animasi seumpama itu di dunia, mempunyai 2 tingkat yang dibina menyerupai gua raksasa daripada siri kartun tersebut serta dihiasi dengan 17 buah bilik termasuk 2 suite Presiden.

Malah, istana berkenaan juga menempatkan sebuah muzium dan perpustakaan peribadi yang menjadi simpanan 60,000 komik Marvel asli diimport dari Australia.

Bahkan, Tuanku Sultan Johor merupakan satu-satunya individu yang telah menerima kebenaran ekslusif daripada Syarikat Hanna-Barbera untuk membina istana bertemakan Flintstones tersebut.

Jadi tidak hairanlah istana yang tersergam indah dari kejauhan pastinya menarik mata dan hati sesiapa sahaja yang melihatnya untuk mendekati binaan menakjubkan itu meskipun hanya dari pagar luar sahaja.

Dalam satu temubual ekslusif Sultan Johor bersama akhbar The Star, baru-baru ini turut mendedahkan bahawa bahagian yang paling digemari Tuanku Sultan di istana tersebut adalah bahagian maja makan — di mana sebuah projektor diletakkan di atas siling dengan animasi bergerak Fred Flintstone dapat disaksikan ketika menikmati hidangan.

Disebabkan ramai pelancong tempatan dan luar negara begitu kagum dengan perincian indah Istana Flintstones itu, Baginda turut mendedahkan bahawa akan dirinya akan berbincang dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim sama ada akan membuka beberapa bahagian di istana tersebut untuk kunjungan orang ramai.

Apa-apa pun jom kita usha lagi gambar-gambar dalam Istana Flintstones yang dikongsikan secara rasmi di Facebook Johor Southern Tigers. Memang gempak beb!

Sumber: The Star & Kredit Gambar: FB JOHOR Southern Tigers, Rileklah.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here