
Whoa guys Ipoh ada kafe baharu yang gempak! Instagrammer, kaki foto dan mereka yang fotogenik WAJIB berkunjung ke Tidofish.
Awas!! Tidofish bukan bermaksud “ikan tidur” sebaliknya Tidofish merupakan sebuah kafe hipster berkonsepkan glow in the dark yang memulakan operasi sekitar Oktober tahun ini.
Menggunakan ikon beruang merah yang memakai tie berbentuk ikan menonjolkan perspektif keunikan kafe ini.



Menarik di Tidofish adalah hiasan dalaman kafe berkenaan yang membuatkan anda seperti berada dalam alam penuh warna dan futuristik.
Permainan pelbagai cahaya dan rona terang yang melingkari lakaran dan lukisan dalam ruangan kafe menghasilkan biasan yang awesome. Macam pedang perang dalam filem Starwars tu.

Menghidupkan lagi elemen futuristik dalam ruangan kafe adalah penggunaan cahaya rona merah seakan oren dan merah jambu. Macam mana tu? Anda perlu rasakan sendiri.




Walaupun kafe ini hipster, hidangan Tidofish mengikut citarasa tempatan. Antara makanan di Tidofish ialah Mee Laksa, Mi Hun Laksa, dan Laksa Sup.
Terdapat juga hidangan ringan seperti rojak dan pencuci mulut ais kisar seperti Cocorina (ais kisar bersama gula merah dan santan) dan Rosarita (ais kisar, sirap dan santan).
Signatur hidangan di sini ialah Laksa dan Rojak. Harga yang ditawarkan juga berpatutan antara RM1.50 hingga RM17.90.

Sudah mula merancang untuk berkunjung ke Tidofish. Jangan khuatir kerana Tidofish beroperasi setiap hari bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.
Maklumat lanjut layari https://tidofish.wixsite.com/tidofish/ dan Facebook https://m.facebook.com/Tidofish-118259013355445/.