
Sarat elemen eksklusif tetapi minimalis, Vernakular Store mengetengahkan gabungan rona krim dan putih menghiasi ruang dalaman premisnya.
Terletak di Jalan Telawi, Bangsar, dari jauh premis ini kelihatan agak pucat, namun identitinya terserlah menyebabkan pemerhati ingin tahu isi dalam premis tersebut.

Vernakular Store bukanlah sebuah premis biasa sebaliknya ia lokasi untuk pencinta kopi dan jam dari seluruh dunia berhibernasi seketika.
Menggabungkan elemen antara kafe dan retail pelbagai jenama jam tangan popular antarabangsa, Vernakular Store mungkin premis tunggal yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.


Bukan sahaja menyediakan pelbagai hidangan pastri, kek dan kopi sentuhan barista, Vernakular Store menyediakan ruang perpustakaan jam.
Ya, ruang perpustakaan jam berkenaan yang digelar sebagai thewatchlibrary. Pelbagai jenis jam tangan dari seluruh dunia disusun di rak seperti susunan buku dalam sebuah perpustakaan.


Jam tangan yang ditempatkan dalam thelibrary dipilih secara rapi tidak bersandarkan kepada jenama semata-mata malah elemen di sebalik pembuatan jam tangan tersebut.
Elemen yang menjadi kriteria di thewatchlibrary adalah rekaan unik, fungsi, ketahanan dan paling utama hasil sentuhan seni kraftangan yang halus.
Anda boleh melihat lebih lanjut mengenai thelibrarywatch di Instagram mereka thewatchlibrary.co


Berbicara mengenai pilihan gastronomi di Vernakular Store tertumpu kepada kopi, minimum berasaskan susu dan pelbagai jenis kek.


Harga yang ditawarkan pula antara RM13 hingga RM16++ sahaja.
Vernakular Store beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Sumber Places Malaysia dan Vernakular Store