Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Dengan Hanya 2 Jam Sahaja Dari KL, Anda boleh dapatkan Short-Getaway Yang...

Dengan Hanya 2 Jam Sahaja Dari KL, Anda boleh dapatkan Short-Getaway Yang Gempak di Gopeng Glamping Park!

2955
0

Dah rasa bosan dengan hiburan di bandar? Jom keluar sebentar dari realiti kota raya.

Dengan hanya 2 jam sahaja pemanduan dari Kuala Lumpur, anda boleh sampai ke destinasi yang hassle-free iaitu Gopeng Glamping Park.

Alami alam semulajadi ini di mana sudah pasti anda sukar untuk perolehinya ketika berada di bandaraya Kuala Lumpur.

Tempat yang unik dan sangat strategik ini sangat sesuai untuk aktiviti bersama rakan-rakan anda. Lebih spesifik lebih baik untuk golongan lelaki keluar dan bermalam beramai-ramai di sini.

Di tengah tapak glamping ini anda boleh nyalakan unggun api. Untuk jadikan suasana itu lebih menarik, anda boleh membuat BBQ atau membakar marshmallows sambil bermain gitar menyanyikan lagu beramai-ramai.

Berkenaan dengan glamping yang disediakan di sini, ia sangat menarik dan berpatutan. Terdapat pelbagai jenis pakej yang disediakan di sini.

Khemah yang disediakan boleh memuatkan 2 hingga 4 orang. Rate harga yang ditetapkan di sini berbeza mengikut weekend atau weekdays.

Untuk dapatkan harga yang lebih murah anda boleh membuat tempahan pada hari weekdays.

Selain dari itu, di sini juga terdapat aktiviti lain yang disediakan seperti berbasikal, hiking, memasuki gua dan pelbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan!

Anda boleh layari laman sesawang mereka iaitu Gopeng Glamping Park untuk mengetahui perkembangan terkini ataupun melakukan tempahan glamping di sini. Anda boleh dapatkan promosi yang menarik sesama melayari laman web mereka.

sumber gambar: Gopeng Glamping Park

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here