
Temerloh terkenal dengan masakan tempoyak yang sangat sedap. Untunglah orang Temerloh yang pandai masak tempoyak ni, confirm ramai yang akan datang menikmati masakan anda.
Terdapat satu port Patin Tempoyak yang uummpphh di Temerloh iaitu Go’Bang Maju Patin Tempoyak.
Bila masuk saja Temerloh bila kita datang dari arah Sungai Gau dan dari arah Triang terus kita nampak papan iklan besar mempromosi Go’Bang Maju Patin Tempoyak.
Kedai Go’Bang Maju ni terletak di belakang papan iklan itu sahaja iaitu bersebelahan dengan Petron Temerloh, Jalan Triang Temerloh. Memang akan full house lagi lagi hari minggu.
Gobang Maju menjual pelbagai jenis masakan Ikan Patin iaitu Top 3 menu Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin, Ikan Patin Paih Tempoyak dan Asam Pedas Ikan Patin.

Harga yang sangat berpatutan untuk sajian set semangkuk ikan patin sama ada bahagian ekor ataupun kepala melihat kepada selara masing-masing. Set in ini juga dihidangkan dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman.
Go’bang Maju ini juga ada menjual makanan dan lauk-pauk selain daripada Ikan Patin. Antara yang terkenal adalah Char Kuetiaw, memang sedap dan memuaskan.

Sila datang awal untuk mengelakkan diri anda beratur panjang kerana ramai pelanggan yang datang ke sini untuk menikmati Patin Tempoyak serta hidangan lain yang sedap!
Anda kunjungi laman facebook mereka iaitu www.facebook.com/gobangmajutemerloh/ untuk maklumat yang terkini.